|
||||||||||
BANGUNAN LAMA SK OTHMAN TALIB (2)
SK Othman Talib (2) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1991 atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia hasil pecahan daripada SK.Othman Talib menjadi 2 buah sekolah yang berasingan iaitu SK.Othman Talib 1 dan sekolah ini dikenali sebagai SK.Othman Talib(2). Bermula pada 1 Disember 1991 hingga 30 November 1993,sekolah in hanya beroperasi pada sesi petang sahaja. Pada 1 Disember 1993 hingga 25 Oktober 2002 pula, SK Othman Talib (2) telah beroperasi dua sesi iaitu pagi dan petang. SK Othman Talib (2) telah berkongsi bangunan dengan SK Othman Talib (1) bermula 1 Disember 1991 hingga 25 Oktober 2002. Bermula dengan keramaian murid 540 orang kelas daripada tahun 1,2,3 & 4 sahaja. Pada awal penubuhan sehingga 15 Jun 1992 pentadbiran sekolah diuruskan oleh Penolong **Kanan 1 –Tn Hj Muhammad b. Musa. ** Guru Besar pertama – Tn.Hj.Abd.Rahman Bin Yusuf 16 Jun 1992 hingga 29.Jun 1993 **Guru Besar Kedua- Tn.Hj.Abd Rahman B.Abdullah 20 Dis 1993 hingga kini.
Pembinaan bangunan baru dimulakan pada 23 Mac 2001.Tempoh pembinaan selama setahun setengah dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta di bawah pembiayaan Bank Dunia yang telah diluluskan sejak tahun 2000. Bangunan baru telah siap dibina oleh JKR Pasir Mas pada 10 September 2002. Bangunan baru telah diserahkan kepada pihak sekolah oleh JKR dan JPN Kelantan pada 24 Oktober 2002.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |